Wednesday, November 30, 2011

31 Damia: Dulu dan sekarang

Assalamualaikum...

Perbezaan muka Damia mase umur kurang dari 1 bulan (kiri) dan 11 bulan (kanan)
Dulu comel, sekarang lagi comel nanti lagi bertambah comel :)

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

36 Musim berinai

Assalamualaikum...

Dah dua tahun tak berinai, musim-musim kahwin ni sesuai la berinai..hehe

Bak kata oqang utaqa: 
Jangan pikiaq bukan-bukan naa <-- pinjam ayat Ira..hihihi

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Tuesday, November 29, 2011

16 Pulun main game Zombie Misfits

Assalamualaikum...

Jom pakat main game Zombie Misfits, macam tak ramai je yang main game ni..mungkin baru lagi ke? 
game ni game dekat Facebook, boleh klik kat sini kalau nak main --> Zombie Misfits
Dah name game pun Zombie kan, mestila ade Zombie..The Biker dengan The Trooper ni 'Defenders' yang akan bunuh Zombie..ade satu lagi Defender, The Cooler tapi aku malas nak lukis dah..haha

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

27 Berapa entry sehari?

Assalamualaikum...

Second time buat vektor Damia..aku memang pakar buat muka happy jadi sedih..haha
gambar asal muka Damia happy je, tapi bila lukis jadi sedih la pulak..

Korang selalu update berapa entry sehari? ke semingu sekali je update?hihi..aku kalau boleh nak update paling sikit dua entry sehari, tapi sekarang ni busy mengasuh mungkin satu je kot sehari..nape hari-hari kena update? mungkin nak turunkan lagi ranking alexa dekat malaysia kot..hehe..ranking dunia aku tak amik tau sangat, tengok 200K+++ jenuh nak kejar tu..
Kalau nak turunkan ranking alexa ni salah satu cara update entry hari-hari ok (:
kalau SEO tu aku tak pakar, tanye otai2 tau la kot..hihi
ape korang dapat kalau ranking alexa ni turun? bagi aku dapat KEPUASAN je la :)

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Monday, November 28, 2011

28 Menu minum petang: Pizza

Assalamualaikum...


Ape menu minum petang korang? pizza jugak ke? hihi


♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

11 Vektor: Fazura bercinta dengan Aaron Aziz

Assalamualaikum..

Kalau korang perasan, dekat sidebar aku ade link novel Cinta Misae dan Shin Chan, bukan aku yang tulis novel tu..hehehe..penulis novel tu ialah Puan Kutu <-- seorang blogger tingtong..haha..sekarang ni dah Part 6, korang try la bace dari Part 1, baru faham jalan cite novel ni..
Puan Kutu request aku untuk buatkan vektor watak dalam novel Cinta Misae dan Shin Chan, aku memang suke bab2 lukis ni, so no hal la..cube teka sape gerangan dua watak utama yang aku lukis ni? 
soalan bocor, dekat tajuk pun dah ade..kui3
 Yang kiri tu Aaron Aziz (lain gila kan?haha) pegang watak sebagai Kimi a.k.a Shin Chan, yang kanan lak Fazura pegang watak sebagai Lisa a.k.a Misae..pandai betul Puan Kutu kita ni reka watak dan karang novel..aku pandai bace je, nak buat karangan memang lemah..
 Kepada Puan Kutu: Wanie support akak dari tepi eh, semoga berjaya dalam bidang penulisan ni, nanti boleh request masuk dalam Penulisan2u macam akak Mimi kita :)

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Sunday, November 27, 2011

13 Vektor couple romantik?hehe

Assalamualaikum...

Sape nak pasang badge Google+ dekat blog tengok tutorial kat sini eh --> Tutorial

Sehari tak lukis vektor, tangan dah rase gatal-gatal..haha..vektor kali ni untuk Ira, antara blogger yang aku dah lame kenal, setahun lebih jugak kan Ira kite kenal tapi tak penah jumpe?hehe..vektor kali ni aku lukis dorang tengah dinner di sebuah restoran, makanan tak sampai lagi ni, bunga je yang ade..haha

To Ira: Wanie dah hantar vektor without watermark dekat gmail tau
Macam vektor untuk Jijah dan my bestfriend, si lelaki mesti style rambut dorang mohawk..haha..nape laki suke buat rambut mohawk eh? rambut mohawk lepas di'vektor'kan oleh aku jadi macam kat atas ni la..hihihi..muka si lelaki sebenarnye tersenyum tapi tak menjadi lak senyuman yang aku buat..kuikuikui

Lepas ni vektor Fazura dan Seth Tan pulak..hehehe

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

14 Tutorial: Pasang Badge Google+ Page di blog


Assalamualaikum...

Kecoh pulak widget follower akan dimansuhkan, sume pun dah cuak termasuklah aku..haha..ape kate same2 kite pasang badge Google+ pulak kat blog, mane tau betul widget follower tu dah nak dimansuhkan..huhu..yang aku tau sekarang dah pasang badge Google+ ni kat blog ialah Kak DianaBro Ahmad dan Kotak Bulat..Badge Google+ same fungsi macam widget follower la, aku pun tak tau sangat nak explain, tak explore lagi Google+ ni..huhu

Aku pening!!
Ape yang aku faham sekarang ni:
Google+ profile same la macam kite buat profile Facebook
 Google+ Page pulak macam kite buat Fanpage Facebook
betul tak korang? aku dah peningkan korang tak?hehe..same2 la kite pening @_@
Jangan lupe klik +1 eh <-- ade dekat sidebar :)

Macam mane nak buat badge Google+? follow step kat bawah..

Step 1: Daftar Google+ kat sini
https://plus.google.com/

Step 2: Lepas dah daftar kena buat Page pulak..rujuk gambar kat bawah (klik untuk tumbesaran)
Step 3: Akan kuar macam gambar kat bawah (aku pilih others)
Isi maklumat: Name blog dan link blog. Dah siap, tekan CREATE.
Sekarang kite dah daftar Google+ dan dah buat Page Google+,
tinggal nak masukkan badge dalam blog.
Step 4: Lepas dah tekan CREATE, akan kuar macam gambar kat bawah. Tekan Get the badge
(rujuk arrow dalam gambar)
Step 5: Akan bukak Tab baru, kuar macam kat bawah ni. Copy code dan paste dekat blog. SIAP!
(cane paste dekat blog?: Layout --> Add a gadget --> HTML/Javascript)

Tak susah nak buat, pening tu mungkin la sebab tak faham sangat pasal google+ ni..haha
jom same2 kite buat awal2 eh =)

Nanti dah tak bukak Facebook, layan Google+ je, mungkin tak? hehe

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Saturday, November 26, 2011

14 Rumah banglo setingkat rumah idaman??

Assalamualaikum...

Tak sempat nak blogwalking harini, baru balik dari Padang Besar..ZzzzZzz <-- simbol penat 
layan gambar je la eh..
 cukup baik dah ni die mau tengok camera..hehe
 Ni la rumah banglo setingkat dekat taman aku, nampak macam rumah teres kan..panggil banglo pun sebab rumah sebijik2..tapi rumah macam ni pun dah cukup selesa dah..
kumpul duit banyak2 nanti dah kahwin boleh beli sebijik..hehe

Vektor untuk Ira next entry ye :)

Jom bace mini novel Puan Kutu, kat sini --> Cinta Misae dan Sin Chan

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Friday, November 25, 2011

27 Vektor untuk bakal pengantin

Assalamualaikum...

Malas nak menaip, aku rajin melukis je sekarang ni..haha..vektor kali ni khas untuk cik misi kita, jijah..sempena pertunangan dan pernikahan jijah bulan depan, aku buatkan vektor untuk jijah dan bakal hubbynya sebagai hadiah..sorry jijah tak dapat nak pegi, insyaallah nanti majlis resepsi wanie pegi :)


Selamat pengantin baru in advanced jijah..hehe
"Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan 

kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat"

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Thursday, November 24, 2011

25 Vektor for my bestfriend

Assalamualaikum..


Vektor ni permintaan ex-housemate a.k.a ex-coursemate a.k.a my bestfriend..macam best lak buat doodle couple yang tengah hangat bercinta ni..hihihi..seriously aku memang tak pandai nak lukis vektor yg sebijik muka sama, aku hanya buat yang termampu, janji mata aku nampak vektor ni ade iras macam muka asal, ak terus save..hehe

Nak buat vektor bagi aku memang mencabar tapi kalau saiz gambar asal besar dan jelas boleh memudahkan proses menekap, jadi cepat la nak siapkan sesuatu lukisan tu..kalau saiz gambar kecik, aku memang tak pandai nak buat, nanti confirm vektor yang dibuat takde iras langsung..haha
Untuk sahabatku:
Aku doakan korang sampai ke jinjang pelamin, insyaallah =)
cinta tak kenal pangkat/darjat, negeri/negara ataupun rupa..
semoga korang bahagia selalu..amin..

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Wednesday, November 23, 2011

18 Vektor couple di pantai bukan KLCC

Assalamualaikum..


Belek-belek gambar lame, jumpe gambar ni *blushing*
lokasi asal dekat KLCC tapi ubah jadi dekat pantai..hahaha
dengan pantasnye bukak powerpoint terus melukis..
orang lain lukis atas kertas aku lukis dalam laptop..hihihi

Ade soalan tanye dekat komen eh, aku tak sempat nak check shoutbox..

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Tuesday, November 22, 2011

23 Special vector for my 1988th Follower

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada semua yang sudi follow blog Firdani Love Story..
macam tak caye je dah lebih 2000 follower..huhu
aku hargai sangat, makin ramai follower makin semangat nak blogging..setuju tak?hehe

Seperti yang aku janjikan sebelum ni, follower yang ke 1988 akan mendapat hadiah..nak bagi kat sume tak mampu pulak..hehe..follower bertuah itu ialah adik Hanis..tahniah ye dik :)
 terima la hadiah yang tak seberapa ni..hihihi
Gambar asal dengan yang aku lukis nampak sangat lain la..haha..adik hanis ni baru 14 tahun, ni mungkin muka 5 atau 10 tahun akan datang? keke..next follower bertuah mungkin 22**

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

17 Tutorial: Tekap gambar gune power point (VIDEO)

Assalamualaikum..

Malaysia menang? cayalah..aku tengok mase penyampaian hadiah je tadi..hihihi

Hari tu Caliph dan Diea ade tanye aku macam mane nak tekap gambar kat power point..
nak explain pun tak pandai, tapi lebih kurang je la macam kite tekap gambar gune pen..hehe
meh aku tunjuk step by step dengan video sekali, harap korang boleh paham..

Aku pilih gambar hello kitty untuk ditekap kali ni..nape aku pilih hello kitty? sebab aku baru tau hello kitty ni rupenye kucing..hahaha ok tak lawak pun

Step 1: Bukak powerpoint --> Insert picture
Aku pilih gambar ni untuk ditekap (comel je kan..hihi)
Step 2: Insert --> Shape --> Curve (majoriti akan dilukis gune bentuk curve)
Step 3: Mula la lukis/tekap dekat atas gambar hello kitty tu..
tengok video amatur kat bawah ni ye cane nak tekap gambar hello kitty..
* First time buat video macam ni..harap video ni dapat membantu..

Step 4: Editing and coloring..ni pun dalam bentuk video..baru senang faham..
* Serious tak susah pun, name pun tekap kan..10 minit dah boleh siap..hehe

Tadaaa..hasil akhir haruslah warne purple..gambar asal lagi comel..
gambar aku lukis sedikit comot, dah malas nak edit..hihihi
Ade soalan? boleh tanye dekat komen ok :)

Psstttt: Aku dah ade channel sendiri kat youtube --> firdanilovestory
lagi senang dan cepat upload video kat situ banding kat blog ni..huhu

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Monday, November 21, 2011

15 Resepi Yee Mee Sizzling Simple

Assalamualaikum...

Dah lame tak buat yee mee sizzling, petang ni saje nak asah bakat, macam lame lak aku tak masak..haha..sebelum ni aku dah pernah share resepi yee mee sizzling..
boleh usha sini --> Resepi Yee Mee Sizzling

Kalau sebelum ni aku gune sawi, cendawan butang, fishcake dan fishball, tapi kali ni sume bahan2 tu takde, aku ganti dengan ketam, telur goreng (pun boley?haha) dan lobak merah..

Resepi kali lebih kurang je dengan resepi dulu tapi kali ni aku modified sikit:

[1] Bawang putih - 5 ulas [2] Bawang merah - 2 ulas [3] Sos tiram - 5 sudu [4] Kicap pekat - 2 sudu 
[5] Kicap cair - 7 sudu [6] Sos cili - 1 sudu (satukan 3, 4. 5 dan 6)
[7] Cili kering - 5 batang [8] Tomato - 1/2 biji [9] Lobak merah - 1 batang 
[10] Ketam - 10 ketul [11] Lada hitam (tumbuk sampai halus) [12] Kiub pati ayam [13] Minyak bijan
[14] Air - <1liter [15] Tepung jagung - 2 sudu besar

*Yee Mee sizzling ni high salt <-- hipertension patient elakkan ok.. 

Tumis 1, 2, 7 dan 11 dengan minyak besa..lepas dah wangi baru masuk sume bahan-bahan yang lain..
Lobak merah dan ketam aku rebus asing, nanti air rebusan tu campur la dengan kuah sizzling..


Selamat menjamu selera :) sedap dimakan dengan anggur cili padi ^_^

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

15 Happy birthday from tweety

Assalamualaikum...

Happy birthday adik Fa, harini genap 20 tahun umur tuan blog Bukan Calang Calang..muda terang tang tang lagi..hihihi..semalam Fa ade komen suruh aku lukis tweety..disebabkan aku takde idea nak bagi hadiah ape, ini je la yang termampu..banner tak sempat nak buat la Fa, tahun depan pulak ye..hehehe

Tweety si burung kuning khas untuk Fa :)
Birthday wishes banyak versi..hihihi

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Sunday, November 20, 2011

26 Anggur pun pandai menari..hehe

Assalamualaikum...

Kalau semalam lukis doraemon, hari ni lukis anggur pulak..nape anggur? sebab anggur cute mungkin? hehe..anggur ni kena la dengan tema baru blog aku yang berwarna purple ni..

Cara nak lukis macam semalam jugak, tekap, edit dan warna :)
 Kalau nak tunjuk step by step cane aku lukis jenuh nak print skrin la..hehe..tapi senang je ni, nak lukis buah anggur just gune bentuk 'oval' dan daun tu gune curve..

Lepas tu aku edit gune photoscape untuk buat animated gif macam kat bawah ni..
Cube tengok anggur ni menari 5 minit, muntah ungu tak? hahaha

Psssstt: "Cerita si penanam anggur" hehehehe

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

27 Wajah baru 20.11.2011

Assalamualaikum..

Jangan terkejut pagi ni masuk blog aku dah bertukar jadi purple..hehe..mungkin yang tido lewat semalam perasan la perubahan blog aku ni, time aku edit pun ade perasan 2 3 orang dok stalk, sape la tu kan..hihi..mula2 memang nak buat tema doraemon, tapi tak jadi la..ni tema tanam anggur, anggur je lupe nak lukis..hahaha..ni wajah baru mungkin sampai hujung tahun ni..hihihi
Satu je aku tak puas hati, nape la butang komen tak mau duduk kat bawah entry? die nak gak duduk atas tu? huhu..sape pandai tolong ajar eh..aku dah tukar setting kat bahagian 'edit layout' tapi tak menjadi jugak..

Mungkin kena tukar kod dekat html tu eh?

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Saturday, November 19, 2011

25 Lukis doraemon guna powerpoint..hehe

Assalamualaikum...

Semangat aku melukis doraemon lepas bace entry Dani, si peminat excel nombor satu negara tadi..hehe..kalau Dani lukis spongebob guna excel, aku lukis doraemon guna powerpoint..hahaha

Guna excel dengan powerpoint ni rasenye same je, kan Dani kan..tapi aku lagi selesa guna powerpoint..sebab selalu buat slide show dekat powerpoint dan jarang sangat bukak excel..

Nak lukis kartun senang je, cari gambar comel-comel kat google, pastu korang lukis balik gambar tu..macam mane nak lukis? ala, tekap je..hehehe..aku anggap korang paham la ye..hihi..kalau tak faham jugak boleh tanye =)
Lepas dah siap lukis, edit la bagi nampak kemas dan real macam gambar asal, then baru la mewarna..part mewarna paling aku suka, part lukis yang leceh sikit..
Last sekali buat background mengikut ke'kreatif'an sendiri la..hihihi..ni konon nya doraemon tengah terbang cari nobita kot..nobita hilang tapi die nampak happy lak kan? hehehe
 SIAP! boleh la buat wallpaper lappy tak pun dijadikan header? keke

Korang try la lukis kartun kegemaran, tak susah mane kalau tekap gambar google =)

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

16 BE dan akad nikah

Assalamualaikum..

Tadi saje check nuffnang, tengok2 ade BE baru la..hehe..baru lagi ni rasenye..BE lame pun tengah run lagi..nampak iklan ni haruslah klik ye kawan2..:D <-- duit kahwin..hehehe

Gambar lepas akad nikah abang aku dua tahun lepas, muda nye muka aku <-- perasan
Mood: Gatai nak kahwin..hahahaha

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

29 Saya tanam anggur lagi *blushing*

Assalamualaikum...

Soalan kerap ditanya bila dah graduate ni:

Dah habeh belajaq? buat apa la ni? qeja dak g?

Aku tak pasti la muka aku blushing ka dak bila orang tanya macam tu..tapi dalam hati ni memang blushing habis la..haha..dah 6 bulan habeh belajaq dan 2 bulan konvo tak qeja-qeja lagi? 

Semalam MR A, dietitian masa aku praktikal kat HTAR tanya:
Awak dekat Hospital Sultan Abdul Halim ke? 
(maksud die aku keje kat situ ke?)

Dengan tak malunye aku jawab:
Tak la, sy tanam anggur lagi..hahaha

Sorang dah jadi dietitian, 2 orang tanam anggur, lagi 2 orang tak pasti..hehe

Aku tak kisah pun orang nak tanya, tanya la tau..hihihi

Jawapan dia sama ja, ya aku dah habeh belajaq, tak qeja lagi, dok umah tanam anggur..hahaha

"Tanam anggur lagi kaya, nanti bole buat raisin dan jem anggur"

Kelakar jugak Mr A ni..hahaha

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

Friday, November 18, 2011

22 Vektor muka sendiri..hahaha

Assalamualaikum...

Berjaya jugak buat vektor muka sendiri..hahaha..haruslah bangga tersenyum, bukan mudah nak lukis muka sendiri ok..ade gak kan iras2 gambar asal dengan lukisan yang aku buat ni? hahaha
Tengok sekali nampak macam same, tengok lebih dari sekali, tak same langsung kot! hahaha

Kalau korang nak tengok pelukis yang superb boleh g sini --> DANI
ape yang die lukis memang sebijik macam gambar asal, memang sangat berbakat Dani ni..

Lukisan ni aku nak jadi kan copyright and nak buat banner..
korang buat banner gune software ape eh? ke ade yang nak buatkan free untuk aku? hahaha <-- in my deram ^_^

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥