Monday, June 20, 2011

24 Makanan pelengkap untuk baby

Assalamualaikum..

Sempena umur Damia yg nak masuk 6 bulan,
jadi nak buat entry mengenai makanan pelengkap..hihihi


Tau tak ape itu makanan pelengkap?

Makanan pelengkap diberikan kepada baby yg berumur 6 bulan ke atas..
since susu saje tak cukup utk memenuhi keperluan baby yg dah membesar..
tapi selalunye sebelum umur 6 bulan dah bagi kan?
same la macam Damia, 5 bulan dah mula bagi makanan pelengkap..
alhamdulillah, takde kesan sampingan..

Ade gak parent yang 'takut' nak bagi makanan pelengkap ni..
itu yang ak jumpe mase praktikal dulu..
end up baby kekurangan zat tertentu (selalunye anemia) atau gangguan p'tumbuhan..
mungkin risau baby tak leh terime & develop allergic?
atau xtau bile nak start bagi makanan pelengkap?


Source: Google

Contoh makanan pelengkap?

Boleh rujuk jadual kat bawah sebagai rujukan untuk ibu2 & bapa2..
Source: Info Sihat

Umur
Kemahiran
Jenis Makanan
Jumlah & Kekerapan
6 Bulan
Mula menerima makanan pepejal
Makanan lembut
  • Bubur nasi dikisar
  • Bijirin untuk bayi (jenis beras)
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
  • 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
  • 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
7- 8 Bulan
Mula belajar mengunyah
Makanan lembut
  • Bubur nasi
  • Bijiran untuk bayi
  • Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
  • Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
  • Makanan yang mengandungi susu.
    - Keju, puding susu, krim keju
  • Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
  • Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
  • 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
9-11 Bulan
Makan sendiri
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
  • Nasi
  • Bijiran bayi
  • Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
  • Buah
  • Ikan, daging dan ayam
  • Susu dan hasil tenusu
    keju, puding susu, krim keju.
  • Telur, melainkan sekiranya ada alahan
  • Kekacang yang dimasak lembut
    - kacang panggang dan tauhu
  • Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
  • 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
1-2 Tahun
Makan sendiri
Makanan keluarga yang diubahsuai
  • Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
  • Daging cincang
  • Makanan yang kurangkan berempah.
  • Makanan segar (tidak diproses)
  • Kurangkan garam, gula dan lemak.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.
  • 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • 2 snek antara waktu hidangan makan utama.

Jangan takut nak bagi makanan pelengkap ni..
baby yang takde masalah kesihatan,
insyaallah boleh terime makanan yg diberi..
its a challenge for parent right?

 Pape pun, bergantung gak kpd penerimaan baby..
kalau ade makanan yg menyebabkan allergic,
stop giving that and see ur doctor..

" Nape kena bagi kuning telur dulu kepada baby instead of putih telur? "

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

24 bijik anggur:

Nur Hawa Mohd Zin said...

wah dah macam ibu2 dah ni..heheh...awe pernah bagi makanan pelengkap pada anak buah en hubby...dia sangat suka kentang KFC :)

diana said...

akak dulu bagi apa entah kat maisara..
bubur nasik kot..
blender dulu lepas tu baru suap..

apik pehe said...

hehehe..da makin tua budak ni..hehe

zazaw said...

bagi keropok ikan yang keras tu boleh dak kak? makanan pelengkap gak tu
ahahahaha

Juliet_iRa~" said...

dasyat2..:P
dah boleh jadi mama ni..
keh2...

damia dah pandai ape???

Wanie said...

awe~haha..zman moden bagi kentang KFC la..klu dlu2 kentang lenyek sndiri..keke..tp x bgus gak bg kentang KFC slalu..garam byk..huhu..klu dh bsar sikit takpe la..:)

Wanie said...

akak diana~sme la, damia pn skang mkan bubur nasi..tp x blend, tapis..hehe..sbb riso lak nk blend, nt rase pedas sbb bekas blend cili ..keke

Wanie said...

apik~cess, sy tak tua tp sy bkn bdak..haha

Wanie said...

zazaw~awww, mau baby tcekik ke?x kire mkanan pelengkap tu klu die xleh mkan..hehe

Wanie said...

ira~xmau jd mama, nak jd 'ibu' lalala~

die dah pndai menjulur, xleh merangkak g..tp skang ni asik nak bjlan je, bdan lembik g..haha

caliph shuriken said...

pakar nutrisi dh mula bekerja, hikk...

Mrs.Yie said...

bagus la entri wanie ni..akak sukeee..x sangka ek wanie boleh buat entri yg bagus macam ni..x sama macam entri2 yg akak jumpa kat blog remaja2 lain.. :)

Shamsuddin Amin said...

bgusnye bg info ni...
hehe

meaw said...

acecececec,da ghupe pakar pemakanan pulak meaw tengok,hehehe....tapi satu je, meaw suka tibai biskut beras baby perisa sayur,sedappppppppppp,haha!

munna said...

munna anak masuk 4 bln dah mula bagi bubur pada anak...

ibnubaba_04 said...

info makanan yg bagus..
tapi aku mkn je ape yg aku nk mkan

Wanie said...

caliph~hihihi..x keje lg la..:D just nak share ilmu ^^

Mrs. Yie~akak, besa je la entry wanie ni..huhu..papepun makaseh ye..puji lebih2 ni kang tkembang lak..lalala~

Shamsuddin Amn~nanti dah de anak leh gne sbgi rjukan..:P

Wanie said...

meaw~hahaha..xptut btul kebas mkanan baby..ad ye perisa sayur?baru tau..hehe

munna~awal gak akak start bg bubur..tu la depend gak kan..kalau perut die leh trime xpela kot sy rase..hehe

ibnubaba~sbb ko bkn baby..:P

apik pehe said...

hahaha..same la tu mek

Mrs.Yie said...

biar la wanie kembang..hehehe.. :)

ecah mashuri said...

comeyynyaaa bby..ehemmm.bilelah nak dpt bby sendri.huuhuhuh

shida'R said...

FIR...xlma je lg tuh heheee.. :P

MIMIE AIZA said...

tips untuk masa hadapan saya :)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

hehe..kalau dah nak ada anak nanti leh prektikan =P