Assalamualaikum..
Sempena umur Damia yg nak masuk 6 bulan,
jadi nak buat entry mengenai makanan pelengkap..hihihi
Tau tak ape itu makanan pelengkap?
Makanan pelengkap diberikan kepada baby yg berumur 6 bulan ke atas..
since susu saje tak cukup utk memenuhi keperluan baby yg dah membesar..
tapi selalunye sebelum umur 6 bulan dah bagi kan?
same la macam Damia, 5 bulan dah mula bagi makanan pelengkap..
alhamdulillah, takde kesan sampingan..
Ade gak parent yang 'takut' nak bagi makanan pelengkap ni..
itu yang ak jumpe mase praktikal dulu..
end up baby kekurangan zat tertentu (selalunye anemia) atau gangguan p'tumbuhan..
mungkin risau baby tak leh terime & develop allergic?
atau xtau bile nak start bagi makanan pelengkap?
Contoh makanan pelengkap?
Boleh rujuk jadual kat bawah sebagai rujukan untuk ibu2 & bapa2..
Umur | Kemahiran | Jenis Makanan | Jumlah & Kekerapan |
6 Bulan | Mula menerima makanan pepejal | Makanan lembut - Bijirin untuk bayi (jenis beras)
- Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
| - 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
- 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
|
7- 8 Bulan | Mula belajar mengunyah | Makanan lembut - Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
- Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
- Makanan yang mengandungi susu.
- Keju, puding susu, krim keju
- Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
- Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
| - Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
- 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
|
9-11 Bulan | Makan sendiri | Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut. - Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
- Susu dan hasil tenusu
keju, puding susu, krim keju.
- Telur, melainkan sekiranya ada alahan
- Kekacang yang dimasak lembut
- kacang panggang dan tauhu
| - Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
- 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
|
1-2 Tahun | Makan sendiri | Makanan keluarga yang diubahsuai - Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
- Makanan yang kurangkan berempah.
- Makanan segar (tidak diproses)
- Kurangkan garam, gula dan lemak.
- Teruskan penyusuan susu ibu.
| - 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
- 2 snek antara waktu hidangan makan utama.
|
Jangan takut nak bagi makanan pelengkap ni..
baby yang takde masalah kesihatan,
insyaallah boleh terime makanan yg diberi..
its a challenge for parent right?
Pape pun, bergantung gak kpd penerimaan baby..
kalau ade makanan yg menyebabkan allergic,
stop giving that and see ur doctor..
" Nape kena bagi kuning telur dulu kepada baby instead of putih telur? "
♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥