Wednesday, June 22, 2011

14 Resepi Mee Wantan Sup

Morning blogger & silent readers...

Kali ni nak share resepi Mee Wantan Sup..
mungkin ade yg tak gemar makan chinese food ni..
ak suke je, Indian food je kureng..keke

Jadi kalau nak buat mee wantan sup,
kena sediakan bahan utk buat sup & inti wantan..

Jom tengok bahan2 yg diperlukan..

Untuk buat inti wantan (25 ketul):


Bahan-bahan diperlukan:
1) Lobak merah (cincang) - 1/2 batang
2) Udang (cincang) - 25 ekor kecik
3) Daun sup
4) Daun ketumbar
5) Lada hitam (tumbuk) - 10 bijik
6) Minyak bijan - 1 sudu kecik
7) Kiub pati ayam - 1/2 kiub

Cara penyediaan:
Gaul kesemua bahan kat atas..
Perap dalam 30 minit..


Untuk buat sup (4-5 orang makan):

Bahan-bahan diperlukan:
2) Bawang merah - 4 ulas
3) Halia - 1 inci
4) Kiub pati ayam - 1 1/2 kiub
5) Sos tiram - 1 sudu
6) Lobak merah - 1 batang
7) Daun sup
8) Daun ketumbar
9) Air - 1 liter
10) Cabai melaka - ikut sukahati :)



Cara penyediaan:
1) Tumis bawang & halia sampai wangi..
2) Masukkan sos tiram & pati ayam (bancuh ngan air)..
3) Masukkan air dan lobak merah..
4) Tunggu sampai lobak merah dah masak, baru masukkan daun2 & cabai..
SIAP!

Celur mee wantan, kulit wantan & fishball:


Bahan-bahan diperlukan:
1) Kulit wantan 
2) Inti yg dah diperap
3) Fishball



Cara penyediaan:
1) Letak inti dekat tengah2 kulit wantan
2) Pastu balut bagi kemas
3) Dah siap balut sume, celur sekali dengan fishball dalam 5 minit
4) Angkat dan letak dalam satu pinggan
5) Baru celur mee wantan lak

Ni la rupa bentuk kulit wantan lepas diisi dgn inti..

Ni lak lepas dah dicelur..

* Celur - letak rendam dalam air panas

Kalau tak nak celur, boleh masuk sekali dengan sup..
ak saje celur tak nak bagi 'semak' kuah sup tu..hehe

Ni la rupe mee wantan bagi yg xtau..hihi
Celur jangan lame2, nanti lembik..
Dah siap sume boleh makan ngan cili + kicap + asam limau

Mee wantan sup...

Panjang lebar lak resepi kali ni..haha

 Happy blogging ^_^

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

14 bijik anggur:

hafizah alias said...

sedapnya sis, nnty nak try lah.
thankss for sharing.
err..nak ikat wantan tu gune ape eh b4 dicelur?

Mrs.Yie said...

hui..sedapnyeeeee....mintak sikit.. :)

Fariza said...

yeay !!!
thanks resepi ini.
yummy.

alif haris said...

waahh pndai masak eh :D

wunny said...

wow! bestnyeee.. lapa laaa... :):)

diana said...

pandai masak..
bulih kawen dah ni..:p

diana said...

pandai masak..
bulih kawen dah ni..:p

Burp said...

bile nak masakkan utk org? hihihi! sorry k lame xdtg melwt.. bz praktikal skang~ :D

Wanie said...

hafizah~hehe..ikat xpyh pakai pape pn..juz psing2 kat atas tu lepas dah isi inti..pastu letak air sikit bg die lekat..jgn byk2, nt kulit pecah..

Wanie said...

burp~is ok..:) kdg2 pn bz gak..klu smpt singgah la ye ^^

ecah mashuri said...

pandainya wanie masak.nakkk jugakkk.huhuhu..nanti nak try wat ah:)

caliph shuriken said...

pasni bole bukak restoran ni, hikk...

latest en3: wordless wednesday: artwork

Wanie said...

2 la ad berangan gk nak bukak restoran..
khas untuk org sakit..hehehe

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tak ingat la pernah makan atau tak :)