Assalamualaikum...
Berjaya jugak aku buat chocolate chip cookies semalam, pukul 1 pagi baru setel bakar..
dasyat tak dasyat? dah la 1 loyang tu hangit, sob sob sob..
ni gara-gara makan laksa sambil tengok TV..
tak perasan lak ade bau hangit..huhu..tapi biskut tu aku tak buang k, keke..
sayang benda kot..just kikis yang bahagian hangit tu, boleh je nak makan lagi :)
Bahan-bahan:
[1] 250g mentega (1 ketul buttercup) [2] 1 sudu kecil esen vanila [3] 150g gula pasir
[4] 1 biji telur - guna kuning je (putih tu buah telur dadar k)
[5] 300g tepung gandum [6] 2 sudu besar tepung jagung
[7] 1 sudu besar MILO (boleh jugak gune serbuk koko) [8] 1 sudu kecil soda bikarbonat
[9] 2 sudu besar susu tepung (aku guna ANLENE chocolate..hehehe)
[10] Secubit garam [11] Kekacang (aku guna 50g badam & 60g hazel nut)
[12] 125g chocolate chip (setengah paket vanhouten)
Cara penyediaan:
1) Pukul mentega, esen vanila dan gula pasir dalam bekas sesuai sampai kembang
2) Masukkan telur (asing putih dan kuning tau) dan pukul rata
3) Tapis tepung jagung dan tepung gandum, masuk dalam bekas tadi
4) Kemudian masukkan MILO, soda bikarbonat, susu tepung dan garam serta kacau rata
5) Masuk pulak kekacang dan chocolate chip dan gaul rata semua bahan
6) Lepas tu buat la bentuk yang korang nak ye..
aku buat bentuk oval, macam gambar kat bawah ni..
choc chip cookies sebelum dibakar
WARNING: Baik buat kecik-kecik sebabnye biskut ni akan kembang lepas dibakar
(kembang dasyat ok)
7) Bakar la sampai masak..hihi..aku bakar 20 minit baru masak
gune dapur gas (api slow) je, tak guna oven pun
choc chip cookies lepas dibakar
8) Tunggu dah sejuk (baru keras) masuk dalam bekas. SIAP! :)
SEDAP dimakan menggunakan gigi..hihihi
Tip: Tak gune susu tepung pun takpe je, letak MILO atau serbuk koko lebih
Tip: Rasenye kalau tak pukul sampai kembang, takdela biskut ni nak kembang lepas bakar kan?
Tip: Baik letak serbuk koko kalau nak bagi warne biskut cantik menarik tertarik..
Selamat berbuke ^_^
♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥