Assalamualaikum..
Sharing is caring..doa-doa untuk diamalkan oleh penanam anggur, penternak lemak dan penghutang sekalian alam..semoga doa dimakbulkan dan rezeki dimurahkan Allah..insyallah....
1) Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.
"Sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid"
Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)
Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).
Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)
Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.”
Selamat beramal :)
"Sekiranya itu rezeki ku, ku terima"
16 bijik anggur:
panjangnya..tapi bagus di amalkan...semoga ada rezeki buat kamu yunk :)
bukan untuk para penganggur , penternak lemak je kak . dila pun insyaallah baca supaya hidup family senang dgn rezeki yang akan allah bagi . insyaallah :)
alhamdulillah :)
masehh wanietooooo
teramat sesuai la doa ini utk diamalkan :))
mmg bgus ni lau amal an :)
terbaik dari ladang ni.. selamat beramal ^^
InsyaALLH sama2 amalkan..
wahhh..penanam anggur?sya lah tuu..huhuhu
terima shje kalo dh itu rezeinyer.. boleh blnje nie.. okay xad kena mgena.. huhu
wahh banyak!hee
jom amalkan..:)
alhamdulillah dah dpt keja kan?keja apa tu wanie?
aminnn..dah baca
thanks utk doa2 ni. =)
terima kasih share ;)
Terima kasih...
Thx for sharing wanie..
moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki..AMIN..!
penternak lemak cm abg pun bole eh.hahaha..thanks wanie.
Post a Comment