Showing posts with label Inti Wantan. Show all posts
Showing posts with label Inti Wantan. Show all posts

Monday, June 27, 2011

27 Resepi Inti Wantan Sedap

Assalamualaikum..

Entry ni sambungan entry sebelum ni --> Resepi Mee Wantan Sup

Mungkin ramai yang tak tau mane nak dapatkan wantan ni..
kulit wantan & mee wantan ade jual kat supermarket..
dekat bahagian frozen, area2 kulit popia, nugget, et al..
and sekarang ni kalau nak beli wantan yang segera pun ade..
aku tak pernah try lagi la..
kalau yang segera ni tak payah la buat inti dah..:)

 Time beratur nak bayar kat kaunter,
akak cashier tanye aku:
Cashier: Ni nak makan cane tak tau? 
(die angkat tunjuk kulit wantan kat aku)
Aku: Huh? ni kulit wantan, letak inti la kat tengah tu
(blur, xtau nak jwab ape time tu..haha..betul ke die tanye soalan ni kat aku?)

Mak aku pun buat muka tergejut & blur gak 
(boleh bayang tak?keke)
yela, tengah2 die dok scan sume barang kat kaunter,
die sempat lagi tanye soalan tu..
mau kitorg tak terkejut..
dah la belakang ramai orang..
THE END ^_^
 

Balik kepada tajuk utama kita (skema) --> Inti Wantan
yang ni dijamin sedap..
hari tu aku letak bawang putih banyak sangat kot..
kali ni aku buat tak letak bawang putih..hehe

Bahan-bahan diperlukan:
* Udang - segenggam (blend) * Karot - 1/2 batang (blend) * Sos tiram - 1 sudu kecil * Kiub pati ayam - 1/4 kiub (hancur kan) * Lada hitam - 10 bijik cukup? hehe (tumbuk) * Minyak bijan - 1 sudu kecil * Daun bawang - setangkai
Blend tumpul ke aku tak reti blend? tengok ade gak karot tak hancur..
Nak gune ayam ganti udang pun boleh. Kalau letak daun ketumbar & sup lagi wangi. 
Aku tak letak garam dah, sebab dah letak kiub. Gaul je sume bahan kat atas tu, then perap la kejap.
Pastu letak la inti tadi dekat kulit wantan. Balut buat bentuk buncut. Nak explain pun xtau cane..hehe
Hasilnye akan jadi macam ni la lebih kurang.

Sebelum & selepas digoreng
Aku lagi suke wantan digoreng dari yang dicelur..
rasenye rangup, keriuk2
tak nak makan dengan mee wantan pun boleh,
cicah ngan sos cili je..
tukar name jadi cucuq wantan lak..keke

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥