Showing posts with label Blueberry Cheese Cake. Show all posts
Showing posts with label Blueberry Cheese Cake. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

74 Blueberry Cheese Cake ala-ala Secret Recipe ^_^

Assalamualaikum...

Sebelum tayang dodol KEK ala-ala secret recipe aku nak buat iklan jap :)
aku dah buatkan bloglist khas untuk peserta segmen (sumber inspirasi BOBO)
ade kat bawah sekali ye, sume dah dimasukkan dalam list..

Sebenarnye aku tak pernah pun makan blueberry cheese cake secret recipe..hihi..aku suke makan New York cheese cake die je..tapi kesedapan kek yang aku buat tadi memang setanding dengan SR (bangga sekali sekala) Resepi asal diambil dari blog Akak Hana Thanks kak ^_^
Ok tak? ok tak? hehehe
Aku ade tukar sikit-sikit je resepi asal dari segi kuantiti bahan..sape suke makan cheese cake boleh la try buat untuk raya ni..hehe..aku tempek kat sini resepi yang aku dah olah ye..



1.   
     Bahan-bahan:

A) Untuk Base
1] Biskut Ritz (1 paket) 2] Butter ( 70g)
B) Untuk cheese cake
1] Cream cheese (250g) 2] Whipping cream (200g) 3] Yogurt pla in (200g) 
4] Gula (90g) 5] Gelatin (15g) 6] Air panas (60ml) 7] Blueberry Preserve (5-6 sudu)

Step by step:

1]Kisar biskut gune blender sampai jadi serbuk. Letak dalam loyang. 
Loyang tu kena alas gune kertas minyak untuk mudahkan kite nak kuarkan kek nanti.
2] Cairkan butter dan masuk sekali dalam loyang tadi. 
Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk dalam 30 minit ke atas (sampai keras).
Penyek-penyek sampai padat ye..
3] Bancuh gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut. Letak tepi dulu.
4] Pukul cream cheese dan gula sampai gebu (10 minit jugak la). 
Lepas tu masuk yogurt dan whipping cream, pukul sebati (tak sampai 5 minit). 
Masuk gelatin dan pukul rata (2 minit je).
5] Masuk blueberry preserve dalam adunan tadi, 
jangan kacau sebati sebab nak bagi jadi bentuk marble. 
Sebelum dan selepas masuk blueberry preserve
6] Tuang adunan tadi dalam loyang yang berisi BASE (biskut+butter). 
Sejukkan dalam 3 jam ke atas.
Tak pandai buat jadi marble..huhu
7) SIAP! terlangkupkan cheese cake tadi ke dalam pinggan besar. NGAP!

* pukul gune mesin pemukul bukan tangan ye


Sangat sedap! tak caye boleh try..hehe..kelebihan kek ni tak payah BAKE!
    Raya ni aku nak buat cheese cake, jemput datang umah ^_^

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥