Saturday, October 9, 2010

3 Breast Cancer ke Malas?



MALAS atau dikenali sebagai LAZY (dalam BI) @ SEGAN (loqhat utaqa) tak dapat dipisahkan dengan student (especially AKU). Antara SIMPTOM budak MALAS adalah, kuat berangan, tido banyak, ber'facebook'ing hampir 24jam,  buat 'write-up' last SAAT (not minute), makan megi, minum nescafe , update blog dan lain-lain lagi. Namun begitu, menurut KAJIAN, tidak semestinya seseorang yang mengalami simptom tersebut didiagnos sebagai MALAS dan tidak semestinya budak MALAS akan mengalami simptom tersebut (kecuali AKU). Oleh sebab itu, setiap individu wajib lah berwaspada dengan simptom yang telah dinyatakan  di atas (hahaha). 



Dari segi PATOFISIOLOGI malas pula, buat masa ni TIADA lagi kajian mendalam telah dilakukan. Akan tetapi, menurut kajian yang kurang mendalam, MALAS ini mungkin tercetus disebabkan individu tersebut terlampau BOSAN @ MUAK melakukan aktiviti yang sama (contohnya write-up) sehingga menyebabkan HORMON tertentu dihasilkan dengan banyak di OTAK dan hormon tersebut berfungsi sebagai agen ANTI-RAJIN. Agen anti-rajin akan disebarkan ke seluruh badan terutamanya ke TANGAN dan MATA serta terkumpul di OTAK. Keadaan ini boleh menyebabkan TANGAN menjadi aktif untuk MENAIP DI BLOG, MATA semakin KUYU dan OTAK semakin LEMBAP. 


                
Individu yang BERISIKO TINGGI untuk didiagnos MALAS ialah student DIET (ngeee). Jadi, mereka ini perlulah berhati-hati dan menerima rawatan dengan segera sekiranya telah disahkan MALAS  untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk dan bagi yang belum diahkan MALAS, harus lah melakukan pemeriksaan dengan segera untuk mengelakkan terjadinya MALAS. Antara rawatan yang paling MUJARAB untuk PESAKIT malas adalah dengan menonton televisyen (cerita hindustan), mendengar lagu jiwang dan menjadi RAJIN serta tidak ketinggalan, mengambil DIET yang seimbang dan sihat mengikut piramid makanan malaysia. Kesimpulannya, bila nak rajin ni????bila nak buat write up CANCER ni?huhuhu.Lagi senang kalau dapat patient malas dari patient breast cancer kan?hehe.Jom2 buat write-up!!
What is breast cancer?
It pathophysiology?
Who at high risk?
Chemo treatment?
Diet management?

p/s: boley ke siap before dis tuesday?hohoho

♥ Thanks for reading!~ Have a nice day ^_^ ♥

3 bijik anggur:

Aida Azryn said...

Haaa~ sama la kite~ dpt assgmnt/projek sure last minit~ baru gempak! *konon >_<!

Anonymous said...

kalo dah maleh...
entry pun sal maleh.ish3

Unknown said...

Sempat buat habis tu... :D